Puding Berkuah Yang Sangat Sedap!

Puding Berkuah Yang Sangat Sedap! - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Puding Berkuah Yang Sangat Sedap! , kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel DESSERT, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Puding Berkuah Yang Sangat Sedap!
link : Puding Berkuah Yang Sangat Sedap!

Baca juga


Puding Berkuah Yang Sangat Sedap!


Ita memang sangat suka puding berkuah.. malahan bukan ita aje.. anak-anak , suami malahan kedua ibu dan bapa ita juga cukup mengemarinya. Kebiasannya ita akan sediakan pada setiap kali hari raya untuk merai kawan-kawan dan saudara-mara.

Membuat puding berkuah tidaklah terlalu sukar. Bahannya pun tidak memberatkan malahan boleh di dapati di mana-mana sahaja kedai runcit.

Puding berkuah kebiasannya di makan bersama puding kastard yang tidak terlalu manis , di sulami pula dengan buah-buahan coktail dan bertambah sedap lagi adalah kuahnya yang lemak berkrim.
Anak-anak ita lebih sukakan puding berkuah bersama sumi jelly. Mungkin rasa kastard yang sedikit tawar buatkan mereka tak berapa minat.. dan kerana itu setiap kali ita buat puding, ita akan letakkan sedikit gula pada kastard supaya lebih manis dan di sukai anak-anak.

Hari ini ita kongsikan resepi puding bekuah yang ita sediakan untuk berbuka puasa. Semoga ianya menjadi sumber inspirasi kepada para suri rumahtangga dalam mencari idea untuk menyediakan juadah berbuka pusa petang nanti.


PUDING BERKUAH 

Bahan Untuk Kastard

1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula + 1 sudu besar gula

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.
Angkat dan sudukan dalam acuan kecil
Sejukkan hingga keras

Bahan Untuk Kuah

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir 
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.







Begitu pula dengan Artikel Puding Berkuah Yang Sangat Sedap!

Inilah artikel Puding Berkuah Yang Sangat Sedap! kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Puding Berkuah Yang Sangat Sedap! dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2017/06/puding-berkuah-yang-sangat-sedap.html
loading...