Air mata Kucing Gula Batu

Air mata Kucing Gula Batu - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Air mata Kucing Gula Batu , kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel MINUMAN, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Air mata Kucing Gula Batu
link : Air mata Kucing Gula Batu

Baca juga


Air mata Kucing Gula Batu


Assalamualaikum..

Minuman buka puasa yang sempat di sediakan semalam.
Ita sediakan air mata kucing gula batu. Bila kata gula batu.. tidaklah ita menggunakan gula pasir. Menggunakan gula batu dan gula Melaka. jadi semunya batu-batu semuanya..

Air mata kucing bila di masak menggunakan gula batu.. rasanya lebih sedap dan enak. Ita tambahkan gula Melaka supaya air ita sedikit bewarna keemasan. kalau tak dia tak lah kuning keemasan.. agak jernih sikit sebab mata kucing yang ita gunakan ni agak golden brown sikit.. jadi bila di masak dia tak mengeluarkan warna. So.. ita tambah gula Melaka.. lagi sedap dan umph! tau..


Cara membuatnya cukup mudah. kalau nak buat tu.. kenalah rebus awal-awal.. dah boleh rebus dari sekarang sebab nanti bila petang dah sejuk.. tinggal letak ais aje.. segar dan dingin sekali..


AIR MATA KUCING GULA BATU

1 gengam mata kucing kering ~ cuci bersih
air secukupnya untuk merebus
Gula batu secukupnya ~ ikut sesuai kemanisan
1 ketul gula Melaka
1 helai daun  pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga mata kucing kembang.. gula batu dan gula Melaka larut
Kemudian di tapis
Masukkan dalam jug
Biarkan sejuk
Bila dah sejuk, letakkan ketulan ais
Enak bangat diminum ketika dingin






Begitu pula dengan Artikel Air mata Kucing Gula Batu

Inilah artikel Air mata Kucing Gula Batu kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Air mata Kucing Gula Batu dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2017/06/air-mata-kucing-gula-batu.html
loading...