Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan

Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan, kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel BUAH-BUAHAN, Artikel DESSERT, Artikel JUADAH RAMADHAN, Artikel MEE, Artikel MINUMAN, Artikel PENGAT DAN BUBUR, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan
link : Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan

Baca juga


Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan


Assalamualaikum

Hari ini ita kongsikan juadah berbuka puasa pada hari ke 12 Ramadhan. Resepi yang serba ringkas untuk juadah berbuka puasa kami sekeluarga.

Ita sediakan mee bandung. Anak nak makan mee pulak hari ni, jadi ita sediakan mee bandung kesukaan anak-anak.
Untuk pemanis mulut pula ita sediakan bubur kacang. Suami pulak mengidam nak makan bubur kacang letak durian. Dah berapa hari dah asyik sebut nak makan bubur kacang aje.. hari ni dapatlah melempiaskan hajat beliau.
Minuman pula ita sediakan air nenas.



Jom lah kita intai menu yang serba ringkas ini.


MEE BANDUNG

Tulang dan daging - direbus 
4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend 
Boleh gantikan keledek tapi jika keledek di rebus dahulu kemudian di lenyek halus

Bahan kisar
30 tangkai cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 cwn udang kering - direndam dan dikisar

2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
2 kiub daging
1 buku gula melaka (yg kecil)
2 sudu besar kacang tanah
garam dan gula secukup rasa
udang basah
fish ball
sotong
tomato dibelah 4
karot
bunga kubis
telur

Bahan yg dimakan bersama
daun sawi - di celur
mee kuning
daun sup n daun bawang
bawang goreng
tauhu goreng

Panaskan minyak 1 senduk
Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing.
Masukkan kentang yg telah dikisar masak hingga sedikit garing.
Masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih.
Masukkan kiub daging,  sos cili, sos tiram dan gula melaka.
Masak hingga gula larut.
Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang, sotong, fish ball dan masak hingga sedikit pekat.
Akhir sekali masukkan karot, dan bunga kubis. 

Masa menghidang panaskan kuah dan pecahkan telur dlm kuah (jangan kacau) biar hingga telur keras dan bolehlah dihidangkan bersama mee kuning, sawi daun sup daun bawang, bawang goreng, tauhu dan cili jeruk jika suka... 



BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

2 cawan kacang hijau ~ di rendam hingga kembang
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan di simpul
secubit garam
6 ulas durian
air secukupnya

Satukan gula melaka, gula pasir dan gula merah dalam periuk bersama daun pandan dan masak hingga gula larut. Kemudian di tapis.
Sementara itu dalam periuk lain rebus kacang hingga empuk
Bila dah empuk masukkan air gula yang telah di tapis tadi
Biarkan didih sebentar
Masukkan santan dan garam 
Akhir sekali masukkan durian
Masak hingga didih
Jika terlalu pekat tambahkan air.
Sedia di hidangkan




AIR NENAS

1 biji nenas ~ buang kulit dan empulur tengah kemudian di parut
Gula secukupnya
1 helai daun pandan di simpul
Perasa nenas
Air secukupnya
Pewarna kuning jika perlu

Satukan nenas parut bersama air, daun pandan dan gula dalam periuk dan masak hingga didih.
Setelah didih, sejukkan
Bolehlah hidangkan dengan ketulan ais.










Begitu pula dengan Artikel Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan

Inilah artikel Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Juadah berbuka puasa 12 Ramadhan dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2016/06/juadah-berbuka-puasa-12-ramadhan.html
loading...