Biskut Sarang Semut

Biskut Sarang Semut - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Biskut Sarang Semut, kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel BISKUT RAYA, Artikel COOKIES, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Biskut Sarang Semut
link : Biskut Sarang Semut

Baca juga


Biskut Sarang Semut



Satu lagi biskut evergreen yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Kata orang biskut orang dulu-dulu..
Nak kata lama tak lama jugak lah kan.. Seingat ita biskut ini popular sekitar ita darjah 5 atau darjah 6 gitu.. waaahhhh... lama lah jugak tu dik... sekarang umur akak pun dah nak masuk 5 series..

Biskut ni dia keluar dalam majalah kalau tak silap. Zaman dulu-dulu kan tak ada internet.. jadi segala koleksi biskut di ambil dari majalah, surat khabar, corong radio mahupun pada peket tepung atau kotak cornflakes.

Popular lah biskut ni zaman tu.. hingga setiap rumah pasti tidak mahu ketinggalan lansung untuk menghidangkan biskut ini di dalam balang. Kalau pergi beraya pasti buka semua tutup balang kuih semata-mata nak lihat biskut sarang semut ni..



Pelbagai versi kemudian yang menjadi ikutan. Ada yang meletakkan coklat urai sebagai hiasan yang dikatakan versi yang original. Kemudian muncul pula dengan taburan manik, ada yang tabur gula warna-warnai dan pelbagai lagi lah.. mengikut kreativiti dan citarasa tuan rumah. Apa yang penting ianya menjadi kesukaan anak-anak.

Kenapa namanya sarang semut..?
Begitulah orang dulu-dulu.. kalau memberi nama. Nama bedasarkan rupa dan bentuk kejadian. Kalau orang sekarang.. mulalah ambil nama filem.. nama retis.. yang kadang tak masuk dek akal dengan bentuk rupa biskut tersebut.
Kata mak ita.. bentuk biskut tu macam sarang semut.. dan coklat rice tu pula mengambarkan semut lah.. oooo... panjang bunyi oooo...nya tu kan... ^_^


BISKUT SARANG SEMUT

Bahan A
225 gm mentega tanpa garam
80 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
200 gm tepung red ros
50 gm tepung jagung
20 gm tepung kastard
secubit garam

Bahan Hiasan
Cawan Kertas
Coklat urai

Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana hingga sebati
Masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh yang lembut
Simpan doh dalam peti ais hingga doh keras ( untuk mudah parut )
Parutkan doh dan masukkan dalam cawan kertas
taburkan coklat urai sebagai hiasan
Bakar pada suhu 150C selama 25 minit
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.





Begitu pula dengan Artikel Biskut Sarang Semut

Inilah artikel Biskut Sarang Semut kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biskut Sarang Semut dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2016/06/biskut-sarang-semut.html
loading...