Iftar 3 Ramadhan 2017

Iftar 3 Ramadhan 2017 - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Iftar 3 Ramadhan 2017 , kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel DESSERT, Artikel KUIH-MUIH, Artikel MEE, Artikel MINUMAN, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Iftar 3 Ramadhan 2017
link : Iftar 3 Ramadhan 2017

Baca juga


Iftar 3 Ramadhan 2017


Assalamualaikum
Selamat berpuasa semua. hari ni ita kongsikan menu atau juadah berbuka puasa kami sekeluarga semalam.Ita macam biasa masak yang ringkas dan mudah. Apa yang pali utama di sukai oleh anak-anak dan suami.

Memandangkan bulan puasa ni ita sedikit sibuk nak siapakan tempahan biskut raya, maka menu ita seringkas yang mungkin namun mengenyangkan. Ok ita pun tak boleh nak sembang banyak, nanti tak berasap pulak dapur petang ni. Jom kita intai terus menu yang mudah dan ringkas dari ita.


KUE TEOW GORENG 

Resepi oleh : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA 
500 gram kue teow, cuci dan toskan
3 pokok sawi bok choy, asing tangkai dan daun, cuci, tos dan siang
2 biji telur, pukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fish cake, hiris
1/2 cawan isi udang
Taugeh secukupnya
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukupnya
1 kiub ayam maggi (optional)
3 camca besar cili kisar
5 biji cili padi, cincang halus (optional)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan cili padi sert kiub ayam (hancurkan) tumis hingga terbit minyak. Masukkan udang, fish cake dan batang sawi, kacau rata. Tuang sedikit air.
  2. Tolak ketepi kuali, dan masukkan telur. Biar telur mengeras sedikit dan hancurkan. Gaul rata dan tambah sos cili, kicap pekat dan sedikit kicap cair, kacau rata.
  3. Masukkan kue teow dan gaul hingga rata, masuk daun sawi dan taugeh, kacau dan masak hingga layu sedikit. Tambah kicap cair secukup rasa, dan masak dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan.


AIR BANDUNG HIJAU BERCINCAU

Air secukupnya
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh pewarna hijau 
1 helai daun pandan di simpul
gula secukup rasa
1 tin susu cair
Cincau ~ di dadu
Masak air bersama gula dan daun pandan hingga larut
Letakkan esen pisang dan pewarna hijau
Bila didih matikan api dan biarkan sejuk
Tuang air dalam jug
masukkan susu cair
Masukkan cincaumasukkan ketulan ais
Sedia di nikmati





SAGO GULA MELAKA 

Resepi Oleh : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA 
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)



CARA MEMBUATNYA 

  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 
  3. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.



Selamat Berbuka Puasa 







Begitu pula dengan Artikel Iftar 3 Ramadhan 2017

Inilah artikel Iftar 3 Ramadhan 2017 kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Iftar 3 Ramadhan 2017 dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2017/05/iftar-3-ramadhan-2017.html
loading...