Judul : Russian Honey Cake Medovik
link : Russian Honey Cake Medovik
Russian Honey Cake Medovik
Mulanya ita ingat nama kek ini Mendovik, rupanya ita silap bila seorang rakan ig dari Russia menegur dan menyatakan nama sebenarnya kek ini adalah Medovik bukan Mendovik. Med dalam bahasa Russia adalah madu dan oleh itu ramai yang lebih gemar memanggil kek ni dengan nama Russian Honey Cake.
Kek ini di katakan sudah mula menular viralnya kini. Ita pun tak pasti sejauh mana viral kek ini dan di mana keistimewaan kek ini sehingga ianya menjadi viral. Rasanya ke... atau rupa dan kejadiannya.. atau hanya indah khabar dari rupa aje..
Ramai yang menyatakan kek ini sedap! tapi mungkin tidak bagi tekak anak kampung ini. Kek yang di buat dari biskut madu dan di lapisi krim masam ini tidak serasi dengan anak tekak ita yang lebih sukakan kek yang lebih lembut dan ringan. Bukanlah ita katakan kek ini dari kategori kek yang berat-berat.. tapi tak tahulah mungkin bau madu yang kuat tidak dapat di terima oleh tekak ini. Bila ita tanya pada suami ita dia kata, rasanya biasa-biasa sahaja.. Tapi tak tahulah pada selera dan citarasa orang lain...
Kek ini di buat menggunakan biskut yang di adun sendiri. Rasanya seakan biskut marrie cuma di buat dalam saiz yang besar dan menggunakan madu asli. Oleh itu bau semerbak madu dari biskut ini yang menbuatkan ianya di berikan nama Medovik atau Russian Honney Cake. Kadang ita terfikir jugak buat apalah susah-susah nak buat biskutnya ni.. kalau guna biskut marrie kan lebih mudah.
Kek ini mungkin kek tradisi Russia , oleh itu biskutnya di sediakan sendiri dalam menghasilkan kek yang berlapis-lapis ini. Terdapat beberapa versi untuk fillingnya dan ita juga tidak berapa pasti yang mana satu adalah yang original Medovik.
Kerana biskutnya di buat menggunakan madu, ada yang menyatakan krimnya sesuai menggunakan gabungan krim masam atau sour cream untuk nak menyeimbangkan rasanya.
Ada yang menggunakan cream custard bersama gabungan dulce de leche sebagai fillingnya.
Ada juga yang menggunakan mascopon cheese untuk fillingnya kerana nak membezakan ia dari cream cheese frosting biasa.
Tidak hairanlah jika kek ini agak mahal jika menggunakan Mascorpone Cheese dalam penyediaannya, kerana 500gm Mascorpone cheese sahaja sudah berharga RM 45 ++ wah! mahal betul.. tapi memang lain bila menggunakan mascorpone cheese dari cheese biasa kerana mascorpone lebih lembut dan lebih enak!
Untuk sesuaikan krimnya dengan cuaca kita yang panas, ita meletakkan halal gelatin agar krim lebih solid dan tidak mudah cair dengan cuaca kita yang sememangnya panas. Tapi terpulanglah pada anda.. nak letak atau tidak.
Kek ini ita sediakan atas permintaan rakan follower yang minta ita cuba dan rasa kek yang dikatakan sedang viral ini. Ita pun memang suka mencuba, jadi ita pun merebut peluang untuk mencuba dan merasa sendiri kek ini.
Resepi ita kali ini ita menggunakan cream filling mascopone, tapi ita letakkan juga resepi kastard untuk di cuba jika ada yang tidak sukakan cheese bolehlah gunakan krim kastard.
RUSSIAN HONEY CAKE MEDOVIK
Sebelum kita nak sediakan kek kita kena sediakan biskutnya dulu. Ita menggunakan madu asli, oleh sebab itu biskut ita agak perang sedikit warnanya. Anda boleh guna apa-apa sahaja madu yang anda suka.
Untuk resepi asal oleh Natashaskitchen, satu adunan dapat menghasilkan kek berlapis 8 keping. Ita buat 1 1/2 adunan untuk menjadikan kek ita sedikit tinggi . Di sini ita letakkan resepi asal oleh Natasha, jika ada yang nak buat tinggi bolehlah buat 1 1/2 adunan macam ita. Ita juga kurangkan sukatan gula kerana ita tak mahu ia terlalu manis.
LAPISAN BISKUT
Resepi Oleh Natashaskitchen
1/4 cawan madu asli
3/4 cawan gula halus ( ita kurangkan 1/2 cawan )
2 sudu besar unsalted butter
3 biji telur saiz A ~ di kocok dahulu
1 sudu teh baking soda
3 cawan tepung gandum
Satukan dahulu baking soda dan tepung dan ayak.
Masukkan madu, gula dan butter dalam periuk dam masak dengan api yang perlahan hingga gula larut.
Setelah gula larut, tutup api dan terus masukkan telur yang telah di kocok dan terus kacau hingga rata. Pastikan telur tidak menjadi scrambled egg ya, kena kacau cepat-cepat.
Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit sambil di kacau hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Keluarkan doh dari periuk dan sedia untuk di canai ketika ia suam
Roll doh panjang dan potong doh kepada 8 kepingan. Setiap kepinggan ita timbang anggaran 90 gm
Sediakan 8 keping kertas minyak yang di potong bersaiz 10 inc.
* sebelum tu ita nak ingatkan dulu tentang oven. Ita menggunakan oven industri yang membolehkan ita membakar terus sebanyak 4 keping dalam 1 masa. Jika anda tak ada oven industri, anda kena bakar sekeping-sekeping. Oleh itu pastikan anda canai satu persatu. Lepas canai terus bakar sekeping dulu, bila dah masak, baru canai sekeping lagi dan bakar. Jangan canai terus 8 keping kerana adunan akan mengecut dan membuatkan kepingan menjadi tidak sama besar.
Taburkan sedikit tepung atas kertas untuk memudahkan proses mencanai
Canai doh nipis anggaran saiz 8 atau 9 inc dan ketebalan 1/8 inc
Kemudian ambil cutter atau kalau tak ada cutter boleh cuna loyang untuk dapatkan ukuran bulat saiz kek yang kita kehendaki.
Potong dengan pizza cutter.
Lebihan tepi doh di biarkan atas kertas dan di bakar sekali. Ini untuk membuat serdak
Cucuk kepingan doh dengan garfu
Bakar dalam ketuhar suhu 170 ~ 190 bergantung kepanasan oven masing-masing selama 5 ~ 10 minit atau hingga ia kuning keemasan
Bila dah masak angkat dan tanggalkan kertas minyak
Ulang proses yang sama untuk 7 lagi kepingan biskut
Biarkan sejuk
Baki lebihan kepingan biskut tu pula , masukkan dalam foodprosessor atau blender kering dan blend halus
Sekarang kita nak sediakan fillingnya pula. Untuk kek yang ita sediakan ini, ita menggunakan sour cream mascarpone cheese. Tapi ita juga letakkan cream custard untuk di cuba oleh mereka yang tidak sukakan cheese.
SOUR CREAM MASCORPONE CHEESE
Rujukkan : Grub Ruffian
1 cawan sour cream
1/2 cawan mascarpone
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar lemon paste ( ita tambah )
30 ml air ( ita tambah )
8 gm gelatin ( ita tambah )
250 gm non dairy whipping cream ( ita tambah )
Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang sebentar
Cairkan gelatin cara double boil
* Gelatin ni terpulang lah kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa.
Satukan mascorpone cheese, sour cream, gula icing dan vanilla dalam mixer dan putar hingga lembut.
Kemudian masukkan gelatin cair dan putar sebati ( jika suka )
Dalam mangkuk mixer lain, putar whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream dalam cream mascorpone dan kaup balik rata
Sedia di gunakan
Jika tak suka cheese boleh cuba resepi krim kastard di bawah untuk fillingnya
CREAM CUSTARD
Resepi Oleh : Mira
6 biji kuning telur
3 cawan susu segar
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan unsalted butter ~ suhu bilik
Dalam periuk, satukan susu segar dan tepung dan masak atas dapur dengan api perlahan. Pastikan jangan sampai masak. Panas sahaja
dalam periuk lain satukan kuning telur, gula dan vanilla dan pukul hingga sebati.
Perlan-lahan masukkan susu panas tadi dan kacau cepat-cepat hingga sebati.
Panaskan semula atas dapur dengan api perlahan dan masak hingga ia menjadi custard yang berkrim
Kemudian masukkan butter dan kacau rata
Biarkan ia suam dan simpan dalam peti aias selama 1 jam sebelum di gunakan
Cara Penyediaan
Letakkan 1 kepingan biskut atas lapik kek
Kemudian letakkan krim
Ulang proses yang sama hingga habis
Salut keseluruhan kek dengan baki krim
Salut juga keseluruhan krim dengan crumb yang kita dah kisar tadi
Simpan dalam peti ais hingga krim mengeras ( semalaman )
Sedia di nimakti dingin
Selamat mencuba!
Begitu pula dengan Artikel Russian Honey Cake Medovik
Inilah artikel Russian Honey Cake Medovik kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Russian Honey Cake Medovik dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2017/04/russian-honey-cake-medovik.html
loading...