Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..

Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya.. - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya.., kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel KEK, Artikel KEK CAWAN, Artikel KUIH-MUIH, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..
link : Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..

Baca juga


Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..


Assalamualaikum

Pasti anda sedang memikirkan apalah juadah atau kudapan yang ingin di sediakan untuk keluarga petang nanti. Apa kata anda sediakan kek pisang yang lembut dan gebu ni..

Kek pisang.. ita memang suka sangat makan kek pisang. Jika terdapat bermacam kek yang di hidangkan di hadapan mata, kek pisang lah yang menjadi pilihan utama ita. Bau pisang yang harum , di tambah dengan kelembutan kek yang lembab dan gebu.. itulah penarik utama mengapa ita lebih sukakan kek pisang.


Hari ini ita sediakan kek pisang kukus pula untuk minum petang kami sekeluarga. Ita sediakan dalam cawan atau bekas kecil supaya mudah di hidangkan, tak perlu di potong dan juga comel bila di letakkan di atas meja kopi. Selain itu kek pisang yang di letakkan dalam bekas comel ni amat sesuai sebagai hidangan jamuan pejabat, kenduri kendara atau sebagai buah tangan ketika bertandang ke rumah jiran tetangga.

Resepi yang di kongsikan oleh Yatie ini adalah hasil air tangan Amydanis. Sedap tau kek pisang ni, lembut dan gebu. Next time ita kena lebihkan sedikit sukatan gula, kerana kek pisang lebih sedap jika ianya manis sedikit. Tapi bagi mereka yang tak suka makan manis-manis bolehlah kekal dengan resepi asal.

Adunan dapat agak banyak, ita buat dalam acuan kecil pun dapat banyak jugak. Dapatlah di kongsikan rezeki hari ini dengan jiran sebelah. Kepada yang suka kek pisang jangan lupa mencuba resepi yang mudah dan ringkas ini.


KEK PISANG KUKUS
Resepi Oleh : Amydanish
Rujukkan : Yatie

Bahan-Bahan

2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4cwn gula ~ jika suka manis boleh letak 1 cawan
1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen pisang
secubit garam

Cara-Cara

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan secubit garam .
Ketepikan dulu.
Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. 
Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. 
Akhir sekali tambahkan esen pisang.
Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. 
Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.





Begitu pula dengan Artikel Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya..

Inilah artikel Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya.. kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kek Pisang Kukus Lembut dan Gebunya.. dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2017/01/kek-pisang-kukus-lembut-dan-gebunya.html
loading...