Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt

Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt , kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel KELAS, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt
link : Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt

Baca juga


Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt


30 Oktober yang lalu telah berlangsungnya Kelas Cup Kek Korean Flower Buttercream di Masam Manis Cake Salon.
Alhamdulillah kelas berjalan lancar sebagaimana yang telah di rancang, walaupun Salon Masam Manis belum siap sepenuhnya.
Terima kasih kepada semua pelajar yang mengambil bahagian , yang datang dari jauh dan dekat. Kelas kali ini ada pelajar yang datang dari Kuantan Pahang. Alhamdulillah terima kasih kerana senantiasa menyokong Masam Manis.


Alhamdulillah impian menjadi kenyataan. Masam Manis Salon di tubuhkan setelah genap 6 tahun Masam Manis berblog. Ianya juga merupakan satu hadiah dan penghargaan buat Masam Manis sempena ulang tahun Masam Manis yang ke 6 tahun.

Tak sangka kejam celik kejam celik dah 6 tahun Masam Manis melayari dunia maya. Enam  tahun merupakan proses kematangan, setelah pelbagai ranjau dan duri, pahit maung dan masam manis yang telah di lalui, kini Masam Manis cuba mengorak langkah untuk mengapai impian. Doakan masam Manis terus bertapak di dunia maya ini.


Senarai nama peserta kali ini

Faiz Mazidah dari Muar
Jessica dari Taman Impian Emas
Nana dari Kuantan
Fauziah dari Senai
Rohana dari Segamat
Sakinah dari segamat
Syahida dari Kuantan
Yati dari Kulai
Zael dari Bukit Indah

Kelas yang sangat menceriakan dengan keletah dan gelagat setiap peserta. Walaupun pada mulanya agak malu-malu kucing... mungkin persekitaran yang baru.. kawan-kawan baru.. dan ada rasa takut dan segan barangkali dengan kak ita.
Tapi semakin masa berlalu semakin selesa.. semakin ceria hingga terdengar suara lemak merdu, pelajar menyanyi girang sambil jari jemari ligat membentuk kelopak bunga. Seronok sangat kak ita rasa.. hingga hilang penat memunggah barang-barang dan mengemas salon baru ini.




Terima kasih semua kerana menceriakan hari-hari kak ita. Seronok bertemu kalian semua. Teruskan dengan minat anda. Jangan putus asa untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Kembangkan kreativiti anda.. insyaallah doa kak ita sentiasa untuk anda mencapai impian yang di harapkan.

Jom kita intai hasil tugasan pelajar hari ini.


masa untuk klick! klick!






Menu hidangan dan sajian kami hari ini
Sarapan pagi dengan nasi lemak dan kuih muih, makan tengahari, nasi beriani dari Restoran Sahab yang terkenal dengan keenakkan nasi berianinya di Johor dan minum petang Keria Butterscoth yang sangat sedap dari Butterscoth N Co



Terima kasih semua dan semoga kita berjumpa lagi insyaallah...
Kepada yang berhajat nak masuk kelas Masam Manis, boleh hubungi pa akak di talian whatsapp 018 7691544








Begitu pula dengan Artikel Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt

Inilah artikel Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelas Korean Flower Cup Cake 30 Okt dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2016/11/kelas-korean-flower-cup-cake-30-okt.html
loading...