Macam mana nak tentukan harga kek?

Macam mana nak tentukan harga kek? - Hello kawan Resepi Masakan Keluarga, Pada resepi ini anda membaca kali ini dengan tajuk Macam mana nak tentukan harga kek?, kami telah memyediakan resepi ini dengan baik untuk anda membaca dan mengambil maklumat didalamnya. semoga kandungan post ini Artikel TEMPAHAN, Artikel TIPS DAN PETUA, kita tulis anda boleh faham. oke, membaca gembira.

Judul : Macam mana nak tentukan harga kek?
link : Macam mana nak tentukan harga kek?

Baca juga


Macam mana nak tentukan harga kek?


Assalamualaikum
Apa khabar semua teman-teman ita di luar sana
Alhamdulillah ita sihat, cuma sedikit sibuk sejak dua menjak ni.. Maklumlah bila dah masuk hujung tahun ni.. banyak benda nak kena di satelkan, di samping memenuhi permintaan tempahan kek dari teman-teman dan persedian kelas ita yang berlangsung setiap bulan.

Kadang kala sedih jugak.. bila sibuk, ita kurang dapat menjenguk blog kesayangan ita ni.. Kurang masa dapat menyediakan resepi yang menjadi pilihan follower ita dan jarang -jarang dapat bersembang panjang seperti yang pernah ita lakukan dulu-dulu..
Ada masa rindu jugak dengan situasi dulu.. punya banyak masa menyediakan juadah untuk di kongsikan dengan teman-teman.. dapat merakamkan gambar kenangan bersama masakkan yang ita sediakan.. sekarang masa seakan terlalu pantas berlari.. tercungap-cungap nak mengejar..


Hari ini ita cuba luangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa pertanyaan adik-adik di alam maya. Rata-rata ramai yang masih kurang mahir untuk meletakkan harga untuk setiap kek yang mereka sediakan dan beberapa persoalan yang kerap diutarakan..

Akhir-akhir ini juga, ita kerap terbaca rungutan rakan-rakan di media sosial tentang perlawanan harga antara bakers. Masing-masing tak puas hati dan merasakan, perlawanan harga tidak sihat untuk industri bakers dan ada yang menyatakan ianya seakan ada yang cuba menabur pasir dalam periuk nasi masing-masing.

Dik...
Ingat satu aje... Dalam rezeki kita ada rezeki insan yang lain juga... Percaya pada Allah, dan percaya pada sifat Allah yang dua puluh.. janji Allah itu pasti. Kalau rezeki kita ianya tak ke mana... Kalau dah bukan rezeki kita... yang dah nak masuk mulut pun boleh jatuh..


Kek ni kita kategorikan kepada 3 bahagian

1. Kek sempoi

Kek yang tidak perlu di dekor atau orang panggil kek togel. Kek yang di jual dalam bekas, kek mudah dan simple. Contoh kek span, kek buah kukus, kek marble, kek butter, kek gulung, kek lapis, kek yang di jual dalam bekas seperti cheese leleh dan yang sewaktu dengannya.

Kek seperti ini biasanya harga tidak mahal atau kata lain harga mampu milik. Harga juga bergantung kepada permintaan dan pasaran setempat. Jika kita tinggal di kawasan yang rata-rata penghuninya mewah, mungkin harga kita boleh up sikit bergantung siapa customer kita dan bergantung juga pada  kualiti bahan yang kita gunakan. Tapi kalau customer kita dari golongan pertengahan atau bawahan.. tak kan kita nak letak harga sembelih ayam... ya tak?

Pernah tak dengar ada yang kata.. "kenapa kek saya mahal.. kerana saya guna bahan yang berkualiti tinggi, bahan yang terbaik dan di import dari luar negara.. sebab tu kek saya mahal".

Sebagai penjual, kita berhak meletakkan harga produk kita mengikut kualiti bahan yang kita gunakan. Sebab setiap barang harga tidak sama, bahan yang di import tidak sama harganya dengan bahan keluaran tempatan. Lebih-lebih lagi sekarang, harga bahan mentah terlalu tinggi di pasaran.. hingga ramai yang mengeluh. Ada yang mula melupakan dunia bakery kerana merasakan harga bahan mentah yang mahal tidak setimpal dengan harga kek yang mereka jual.

Cara kiraan :

1. Harga Bahan
Senaraikan semua bahan yang digunakan dalam pembuatan kek tersebut
Kirakan jumlah harga bahan yang kita gunakan mengikut bahan yang kita beli. ( sila semak balik resit pembelian )
Contoh:  jika kita guna minyak dalam membuat kek kita, jangan pula kita kira mengikut harga butter

Kiraan juga bergantung pada jumlah gram bahan yang kita gunakan sahaja.
Contoh : Harga 1 buku butter RM 8. Kita gunakan hanya 1/2 buku butter sahaja. Jadi kiraan haruslah mengikut berapa kuantiti bahan yang kita gunakan iaitu RM 4
So kalau sukatan yang terlalu kecil seperti 1/2 sudu teh baking soda, kita kira secara purata sahaja.

2. Kos tambahan
Setelah dapat harga bahan, jangan lupa campurkan kos tambahan seperti bekalan letrik yang kita gunakan ( sekarang tarif letrik dah tinggi kena kira sekali.. jangan kita buat kek suami pulak kena keluar gaji bayar bil letrik kita )
Masukkan sekali caj air untuk mencuci segala peralatan yang kita gunakan ( campurkan sekali harga bahan pencuci )
Masukkan sekali caj bahan api seperti gas untuk membakar atau mengukus kek

3. Kos sampingan
Kos sampingan ini termasukklah, kotak atau bekas yang kita gunakan untuk meletak kek. Termasuklah juga lapik kek, lilin,  plastik, sudu atau pisau yang kita bekalkan sekali bersama kek kita nanti

4. Kos upah
Jangan lupa untuk masukkan sekali kos upah, Jika ada pembantu, kena kira sekali upah pembantu, Jika tiada pembantu, upah penat kita juga harus di ambil kira.
Kirakan sekali kos masa yang kita spend untuk penyediaan kek tersebut

5. Kos penghantaran
Kos penghantaran juga kita ambil kira jika kek kita perlu di serahkan pada customer. Sekiranya customer ambil sendiri di rumah atau di kedai, tak perlulah kita masukkan dalam kiraan harga kek kita.



2. Kek Kontinantal

Kek Kontinantal adalah kek hiasan yang mudah dan ringkas. Contoh kek indulgen , Red velvet, Chocolate moist, Cheese Cake dan lain-lain.
Kebiasannya kek ni tidak perlu hiasan yang rumit, hanya curahan ganache coklat, taburan buah-buahan, lelehan krim dan caramel yang membuatkan kek itu nampak wow! dan menjadi kesukaan ramai.

Kek kontinantal biasanya harganya adalah standard. Tidak boleh terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Jika kek terlalu murah, bermaksud bahan yang di gunakan adalah dari kualiti yang tidak berapa baik atau jika di gunakan dari kualiti baik... pasti penjual adalah seorang yang sangat pemurah kerana sanggup jual kek yang semurah itu... melampaui harga pasaran.

Harga kek kontinantal bergantung juga pada saiz kek dan berat kek. Semakin besar kek semakin beratlah kek tersebut dan semakin tinggilah harganya. Kebiasannya harga antara RM 100 - RM 150 untuk sebuku kek yang bersaiz 9 inc.
Harga tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang dari itu. Jika harga kurang, bermakna penjual menggunakan bahan yang murah.
Contoh : Kebiasaan penyediaan ganache menggunakan coklat masakkan, tapi untuk mendapatkan harga kek yang murah, mereka gantikan coklat masakkan dengan serbuk koko yang di masak bersama susu pekat manis.

Selain itu, kita juga harus bersaing dengan harga kek di kedai kek seperti Secret Recipe, Lavender , SDS dan sebagainya.

Apa yang membezakan kek kontinantal homemade dan yang di jual di kedai adalah, kek homemade lebih fresh kerana baru di sediakan. Kiranya di sediakan bila ada permintaan, berbanding  kek di kedai yang di sediakan dalam jumlah yang banyak dan di simpan berbulan-bulan sebelum di pasarkan.



3. Kek Deco

Kek deco adalah kek yang di tempah mengikut permintaan dan citarasa customer. Kira customised cake lah ni. Kek yang tidak di jual di kedai atau supermarket dan  100% bergantung atas permintaan customer.
Kek ini perlukan kemahiran, perlukan teknik, perlukan skil, perlukan kesungguhan, perlukan penelitian yang lebih, perlukan kesabaran yang tinggi dan perlukan masa yang banyak untuk dirialisasikan.

Proses menyiapkan sesuatu kek deco mengambil masa yang sangat panjang dan tidak semua orang dapat hasilkan kek deco yang cantik, kemas dan memenuhi citarasa pelanggan. Hanya mereka yang berbakat, mempunyai tahap kesenian yang tinggi dan kreatif sahaja yang mampu melaksanakan tugasan berat dan mencabar ini.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah kek deco adalah kek yang sangat tinggi harganya di pasaran dan harga kek bergantung 100% pada seni dan bakat penciptanya.

Sekiranya anda menempah kek deco, anda bukan membeli kek sebaliknya anda membeli seni. Itulah harga yang anda bayar sebenarnya untuk kek hiasan yang semakin popular kini.

Kek yang mula popular di Europe dan semakin popular bila muncul rancangan decorasi kek seperti Cake Boss yang semakin merancakkan lagi industri dekorasi kek.

Penyediaan kek deco menelan belanja yang besar, bermula dari mendapatkan ilmu dalam memantapkan kemahiran, peralatan yang di gunakan juga bukan calang-calang harganya. Sesuatu bahan atau tools yang di gunakan berlainan untuk satu-satu tujuan dan ianya bukan dalam jumlah nilai ringgit yang murah.

Anda perlu ada ilmu untuk menyediakan kek ini, tapi harus di ingat... ilmu sahaja tidak cukup untuk hasilkan kek yang terbaik!
Sebaliknya bakat seni dan kreativiti yang sangat-sangat di perlukan bagi menghasilakn kek deco yang di luar jangkaan.

Kadang-kala anda boleh dapatkan ilmu dari pembacaan, dari internet atau berguru dengan mereka yang pakar.. tapi hasil setiap orang adalah tidak sama. Dan tak semua orang mampu melakukannya.
Sebenarnya Allah telah ciptakan setiap manusia itu dengan keistimewaan masing-masing. Setiap makhluk yang di jadikan ada keistimewaannya.. Oleh itu tidak perlu ada rasa cemburu atau iri hati dengan apa keistimewaan yang Allah berikan pada hambanya yang lain. Sebaiknya anda cari apa keistimewaan yang ada dalam diri anda dan gilap ia sebaiknya.
Anda boleh belajar untuk dapatkan ilmu dan kemahiran.. dan gunakan ilmu yang di pelajari untuk hasilkan seni yang lebih baik.


Kenapa kek deco mahal????
Ita pasti anda sudah tahu jawapannya.

Kadang kala pasti anda berhadapan dengan persoalan yang sebegini.
Kenapa kek sepolan A murah.. kenapa kek awak mahal ?

Jawapan ita cukup simple.
Itu adalah harga yang mereka letak untuk bakat yang mereka ada.
Sama seperti kita meminang anak dara orang.
Kalau belajar setakat SRP sekian harga hantarannya..
Kalau SPM sekian pulak harganya..
Kalau ada diploma naik sikit harganya..
Berbanding ada degree dan master pastilah harganya tidak sama dengan SRP danj SPM

Oleh itu jika anda beli kek dengan seseorang itu lebih murah..... itu rezeki anda bersyukur lah..
Tak perlulah bergaduh atau bertegang-tegang urat di Fb mengaibkan antara satu sama lain. Kadang kala kita yang baca pun rasa malu dan sedih..

Dan ita juga nak ingatkan pada bakers, anggaplah customer kita tu ibarat sehelai kain putih. Mereka tak tahu apa-apa dalam penyediaan kek. Ita rasa kalau mereka tahu.. pasti mereka tak perlu tempah kek dengan kita. Terangkan kepada mereka secara berhemah, ita pasti kalau kita cakap baik-baik tanpa emosi yang melampau.. mereka lebih memahami. Tak perlu nak sindir.. tak perlu nak perli.. yang penting jangan aibkan sesama kita. Ingat.. jika kita jaga aib orang pasti Allah akan tutup rapat-rapat aib kita.



Bagaimana pula kiraan harga untuk kek deco?

Selain harga kiraan yang telah ita jelaskan dalam kiraan harga kek sempoi. Kek deco juga mengambil kira bahan apa yang di gunakan untuk mendeco kek

Contoh :
Buttercream
Ganache Coklat
Fondant
Sugarpaste
Fresh flower
Fresh fruit

Untuk kiraan nya pula, anda tidak boleh kira harga bahan mengikut jumlah kuantiti yang anda gunakan, sebaiknya anda kena kira  harga bahan yang anda beli.

Contoh 1
Jika anda nak buat kek dengan hiasan buah-buahan, dan buah-buahan pilihan customer adalah buah-buahan import. Anda pula hanya ingin meletakkan 2, atau 3 biji sahaja buah tersebut sebagai hiasan, tapi anda tidak boleh pula membeli buah itu 2 atau 3 biji sahaja, sebaliknya di pasaran di jual dalam box dengan harga yang telah di tetapkan. Macam mana nak kira? apakah anda perlu kira mengikut berapa jumlah yang anda gunakan sahaja?
Tidak.. anda perlu kira satu box sebab anda beli ianya adalah untuk hiasan kek tersebut dan jika ada lebih pun ia tidak akan gunakan untuk hiasan kek yang lain. dan pasti juga bahan itu tidak tahan di simpan lama.

Contoh 2
Jika customer minta anda buat kek yang memerlukan acuan atau cetak khas, atau mesin khas contoh  mesin air brush
Anda pula perlu beli acuan tersebut untuk menghasilkan kek itu sahaja. Dan pasti bertahun jika nak menunggu ada customer lain nak tempah kek yang sama. Apakah bahan tersebut perlu dikira.
Jawapannya adalah ya.
Kerana anda beli semata-mata untuk menyediakan kek custormer tersebut sahaja. Sudah pasti anda tidak tahu bila ada orang lain yang ingin tempah kek yang sama.
Tapi sebaiknya anda bincang dengan customer anda, sebagaimana yang ita katakan customer ibarat kain putih yang naif tentang kek, terangkan baik-baik agar kita sama-sama berpuashati dan tidak ada yang rasa tertindas.

Di samping itu anda juga perlu kira masa berhari-hari yang anda spend untuk sediakan hiasan untuk kek tersebut. Contoh untuk sediakan bunga dari sugar flower atau pun hiasan patung figurine.

Apakah kita perlu masukkan sekali harga kelas deco atau ilmu yang kita pelajari ?
Contoh :
Kalau kita perlu spend duit beribu-ribu untuk belajar dekorasi kek sampai keluar negara

Ita rasa tak perlu kot....
Ilmu itu adalah asas yang perlu kita ada jika kita nak berkecimpung dalam bidang ini. Kalau kita tak ada ilmu macam mana kita nak buat kek. Ia adalah satu keperluan untuk jadi seorang bakers. Dan tak perlu rasanya kot kita besar-besarkan yang kita bayar mahal-mahal untuk belajar deco. Sebab itu adalah kehendak kita bukaan paksaan dari mana-mana. Ianya juga pelengkap diri kita untuk menjadi bakers yang lebih baik dari sebelumnya.. ya tak?




Begitu pula dengan Artikel Macam mana nak tentukan harga kek?

Inilah artikel Macam mana nak tentukan harga kek? kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Macam mana nak tentukan harga kek? dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2016/09/macam-mana-nak-tentukan-harga-kek.html
loading...