Judul : Rainbow Cake Gebu
link : Rainbow Cake Gebu
Rainbow Cake Gebu
Kebelakangan ini kerap kali ita lihat kelibat kek yang berwarna-warni ni melintasi ruang FB ita. Cantik dan mengoda sungguh kejadian kek yang satu ini. Terbekenan lah pulak!
Ita pun mintalah suami belikan ita sepotong kek Rainbow Mc Donald ni... Teringin benar tekak ini merasa.. mengalahkan orang mengandung pulak! Biasa lah kalau orang buat kek ni kan.. kek orang dia nak rasa... kek sendiri dah muak dah.. sebab hari-hari dok mengadap kek aje... Ita ni macam biasa bila nampak kek baru aje.. mula lah nak cuba..
Bila suami bawak balik.. tak sabar ita nak cuba. Ita makan sikit-sikit sambil menghayati kenikmatan di samping cuba nak mencungkil gerangan apakah bahan yang di gunakan.hihi...
Boleh tahan jugak harga kek Mc Donald ni.. sepotong yang tak sampai berapa gram.. harganya RM 10.60. Kalau lah tekak kita seorang aje yang nak merasa.. bolehlah beli sepotong. Tapi kalau yang askar ramai kat rumah.. mahu fikir dua tiga kali jugak kan... bagi yang mahir buat kek tu.. ita rasa baik buat sendiri aje lah di rumah.. puas hati dapat makan sampai kenyang..
Kek Mc Donald ni ringan.. bolehlah kalau nak buat alas perut sambil menikmati secawan cappuccino. Krim yang di gunakan pun ita rasa fresh krim aje.. sebab tak ada rasa cheese. Kek pula terlalu ringan dan krim pun sangat ringan.. sekali ngap aje dah habis.. haha
Untuk resepi yang ita kongsikan kali ini, ita lebih mengemari lemon cream cheese. Jadi kek ini, ita layer dengan lemon cream cheese. Kalau anda nak gunakan fresh krim pun boleh.. nak guna swiss meringue butter cream pun boleh.. Italian buttercream pun boleh, guna moousse cream pun boleh ... terpulang pada citarasa masing-masing. Cuma jangan letak buttercream lah untuk filing dalam ni, tak berapa sesuai. Buttercream sesuai untuk salut luar kek dan dekorasi sahaja.
Untuk salut luar kek, ita guna fresh cream aje.. Senang aje.. guna non dairy whipping cream dan putar hingga kental. Tapi kalau nak buat untuk makan sendiri ok! tapi kalau nak letak deco bunga ke.. nak letak figurine ke.. untuk dijadikan birthday cake atau weading kek ianya tak sesuai ya, sebab fresh cream mudah lembik lebih-lebih lagi jika cuaca panas. Ia senantiasa perlu di letakkan dalam peti ais.
Untuk resepi rainbow kek ita ni, ita letakkan sedikit minyak kelapa dara. tak sangka.. bila letak minyak kelapa dara ni.. ia menjadikan kek ita lebih enak dan membangkitkan rasa lemaknya. Berbeza dengan resepi yang ita guna sebelum ini. Tak sangka pula minyak kelapa dara ni boleh di letakkan dalam masakkan.
Ita pun baru aje mencuba menggunakan minyak kelapa dara dalam masakkan. Biasa ita guna minyak zaiton. Harga lebih kurang sama lah kan.. Tapi rasa ita baik kita sokong produk tempatan.
Minyak kelapa dara ni, setahu ita bagus untuk melebatkan rambut dan untuk mencatikkan kulit. Rupanya banyak kelebihan minyak kelapa dara ni tau! tak sangka boleh juga di gunakan dalam masakkan.
Minyak kelapa dara yang ita gunakan ni adalah 100% organik dan di perolehi daripada pohon kelapa yang hidup secara semula jadi. Ia menggunakan kelapa matang yang berkualiti. Minyak kelapa dara mengandungi nutrien seperti vitamin E yang sangat baik dan tidak mudah hilang atau rosak. Ia sangat baik dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Sesuai di ambil setiap hari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Boleh makan begitu sahaja atau masukkan dalam makanan, seperti yogurt, oat, campurakan dalam kopi atau minuman. Boleh di gaulkan bersama nasi. Boleh buat menumis makanan, tapi pastikan suhu kurang daripada 176C. Boleh di gunakan untuk meranite daging atau ayam, boleh untuk membakar kuih, biskut atau pun kek.
Selain itu ia juga boleh di gunakan untuk tujuan kecantikkan. Sesuai di jadikan sebagai losyen untuk melembutkan kulit, melebatkan rambut, untuk mengurut badan, untuk membersikan alat solekkan di wajah atau juga di jadikan sebagai krim pelembab.
Macam-macam kegunaan minyak kelapa dara ni kan. Belilah satu dan simpan di rumah untuk kegunaan. Banyak manfaat minyak kelapa dara ni. Letak kat kek, kek sedap, aromanya memikat.. kalau letak dalam kuih terasa kelemakkan dan keenakkannya membangkit selera, kalau letak dalam masakkan.. selain baik untuk kesihatan kita juga dapat mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Adoii.. dah melalut jauh dah ni.. Jom kita mulakan projek membuat kek kita ni.
KEK RAINBOW GEBU
Bahan A
8 biji kuning telur ~ gred A
7 biji telur ~ gred A
200 gm gula halus
15 gm ovellete
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B ~ di ayak
125 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
25 gm tepung jagung
Bahan C
120 gm minyak jagung
30 gm minyak kelapa dara ~ optional
Satukan bahan A
Masukkan dalam mixer dan putar dengan kelajuan sederhana hingga bergaul sempurna ( berbuih anggaran 2 min )
Satukan bahan B dan ayak
Tuangkan bahan B ke dalam adunan bahan A
Pukul dengan speed laju hingga adunan , putih, gebu dan naik 2 X ganda dari asal
Akhir sekali minyak kelapa dara dan minyak jagung dan kaup balik adunan hingga rata
Bahagikan adunan kepada kepada 5 bahagian
Letakan berlainan warna untuk setiap mangkuk
~ kuning
~ merah
~ hijau
~ biru
~ pink
Sediakan 2 loyang 4 segi tepat ukuran 10 X 12 inc
Sediakan juga 2 loyang bulat ukuran 7 inc
Sediakan juga spring cake tin ~ untuk memampatkan kek
Tuangkan warna pink dalam 2 loyang bulat 7 incin sama banyak ~ anggaran 150 gm setiap satu
Baki warna pula tuangkan dalam 2 loyang 4 segi tepat secara tompok atau rawak
Bakar kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C selama 25 minit
Ambil perhatian
Oleh kerana kek ini adalah dari jenis kek span, ia hendaklah di keluarkan dengan kadar segera setelah ia masak.
Bila kek masak, terus keluarkan dari loyang dan terbalikkan atas redai
Kemudian terbalikkan semula ke kedudukan asal untuk mengelakkan kek kecut atau mendap.
Biarkan kek sejuk
Kek yang telah sejuk untuk loyang 4 segi di potong kepada 3 bahagian yang sama besar ( kek yang kak ita buat ni tinggi, kalau nak rendah sikit bahagi 4 bahagian )
Untuk kaedah yang ita buat vertical dan horizontal. Kalau ikut cara MC D hanya vertical sahaja.
Untuk kaedah atau cara ita, jika ada baki adunan tuangkan sedikit dalam loyang bulat 7 inc. Kemudian potong bulat ukuran 2.5 inc atau 3 inc. Kalau nak buat Vertical sahaja tak payah buat cara ni.
Untuk cara ita, setiap potongan bulatan kecil layerkan dengan krim.
Krim yang ita guna adalah lemon cream cheese. Kalau Mc D rasanya guna fresh krim sahaja
Kemudan letakkan krim pada kek yang kita potong memanjang dan lilitkan pada bulatan tengah tadi. Jika tak nak buat bahagian bulatan temgah, gulung sahaja kek macam kita buat swiss roll.
Lilitkan hingga habis.
Ambil 1 keping kek untuk lapik bawah ( bulat 7 inc ) letakkan atas lapik kek
Letakkan krim dan ratakan
Kemudian angkat lingkaran kek kita tadi dan letakkan atas lapisan kek tadi
Kemudian ambil ring kek, dan padatkan kek, ketat-ketak biar kemas dan mampat
Potong bahagian atas yang tidak rata
Setelah kita potong, letakkan krim dan ratakan
Kemudian tutupkan dengan lapisan kek yang sekeping lagi
Kemaskan dan simpan dalam peti ais semalaman.
Bila dah set (semalaman ) buka ring kek
Salutkan kek dengan krim
* Krim ni terpulang nak guna krim apa ya, nak guna krim cheese yang sama pun boleh, nak guna fresh cream pun boleh, nak guna swiss meringue buttercream pun boleh atau nak guna buttercream pun boleh.
Ita guna fresh cream untuk lapisan luar
Salut lapisan putih dahulu
Ratakan dan kemaskan dengan spatula
Simpan dalam peti ais hingga keras ( kalau fresh krim dia tak keras ya)
Akhir sekali, warnakan cream yang kita gunakan terpulang ikut pilihan krim masing-masing.
Layerkan satu ewarna berselang-selang hingga habis
Kemudian ratakan dan kemaskan
Bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.
Lemon Cream Cheese
200 gm krim creese
120 gm gula icing ~ yang telah di ayak
2 sudu teh lemon paste
1 sudu teh vanilla
11 gm halal gelatin
45 gm air ~ untuk larutkan gelatin
200 gm Non dairy whipping cream
Tuangkan gelatin dalam 45 gm air , biarkan kembang
Kemudian double boil atau masukkan dalam microwave hingga cair ( 1 minit )
pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula icing, vanilla dan lemon paste
Pukul lahgi hinga bergaul sempurna
Tuangkan gelatin yang telah di cairkan sambil terus memukul adunan hingga rata
Ketepikan
Dalam bekas mixer yang lain pukul Whipping Cream hingga kental
Tuangkan whipping cream dalam adunan cheese dan kaup balik rata
Sedia di gunakan
Fresh Cream
200 gm Non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
Pukul kedua adunan hingga kental dan bertanduk
bahagikan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Sedia di gunakan
Begitu pula dengan Artikel Rainbow Cake Gebu
Inilah artikel Rainbow Cake Gebu kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rainbow Cake Gebu dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2016/08/rainbow-cake-gebu.html
loading...