Judul : Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum!
link : Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum!
Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum!
Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua.
Bagaimana cuaca di tempat anda sekarang? di Johor Bahru ni pagi memang panas terik tapi bila petang akan turun hujan.
Masa ita balik Kota Bahru raya tempoh hari, cuaca sangat-sangat panas. Ita ingat di JB aje cuaca panas, rupanya di Kota Bahru lagilah panas hingga ita demam teruk jugaklah. Tak boleh bangun dan kepala pening ting tong! Bukan ita aje yang demam, Dalili pun demam hingga suhunya terlampau panas. Mak mertua dan adik ipar pula sakit kepala..
Memang lain macam betul panasnya..
Bila cuaca panas, biasanya ita suka buat jelly. Bila buat jelly ni tak sempat lama dalam peti. Kejap aje habis. Biasa ita suka jelly kelapa dan kerap kali juga buat jelly kelapa terutamanya bila ada kelapa muda. Kami sekeluarga memang suka makan jelly kelapa. Bila tak ada kelapa ita gantikan dengan mata kucing atau laici sedap jugak!
Bila bapa ita bagi kelapa, ita pun buatlah jelly. Kalau nak beli kelapa muda agak mahal sekarang. Satu biji kelapa muda di JB ni aje dah di jual dengan harga RM 4.00 sebiji. Mahalnya lah.. Untuk buat jelly kelapa kita perlukan 3 biji kelapa yang banyak airnya. Kalau air tak banyak kena guna 4 biji. Kalau nak tambah air memang boleh dan memang kita akan tambah air lagi untuk buat jelly. Tapi kalau guna air kelapa banyak sikit rasanya lagi enak dan lagi harum.
Mujur bapa ita ada kebun kelapa. Bolehlah buat jelly kelapa selalu. Kelapa yang bapa ita tanam ni harum baunya. Kalau buat jelly memang sedap lah. Kalau sesiapa ada tanah daripada terbiar baik tanam kelapa. Harga kelapa dah melambung dan susah nak dapat kelapa sekarang.
Untuk menyediakan jelly ni ita guna jelly segera yang ada jual di kedai jual bahan kek. Kalau kedai biasa atau supermarket jarang lah ada jual jelly segera ni.
Mudah aje bila buat dengan jelly segera ni. Jellynya pun lembut aje..
Walaupun sukatan air pada cadangan peket jelly tu 3000 ml air tapi ita lebih kan lagi air hingga 4000 ml supaya jelly ni betul lembut. Sedap aje bila meluncur kat anak tekak ni. Lebih-lebih lagi bila lembut dan licin..
Mudah aje buat dia.. lebih lagi guna jelly segera. Tak perlu risau jelly keras.
Untuk resepi kali ini, ita buat jelly kelapa pandan. Bukan ita guna kelapa pandan tau! tapi ita campurkan pati daun pandan dalam adunan jelly ita kali ni.
JELLY KELAPA PANDAN
1 peket jelly kelapa segera ~ ada jual di kedai jual bahan kek
3 biji kelapa
Air kelapa ni campurkan dengan air dan dapatkan 4000 ml.
1 cawan gula ~ kalau kurang manis boleh tambah 2 sudu besar lagi gula
1 helai daun pandan di simpul
3 helai daun pandan ~ di kisar dan tapis ambil airnya
Isi kelapa muda di hiris nipis
Air kelapa satukan dengan air dapatkan dalam 4000ml, daun pandan di simpul dan masak atas dapur hingga mendidih
Bila dah didih masukkan jelly kelapa segera dan gula biar gula larut
Bila gula larut masukkan isi kelapa dan air pandan yang telah di tapis
Tutup periuk dan biar sebentar
Tutup api dan biarkan sejuk
Tuangkan dalam bekas
Simpan dalam peti ais untuk rasa dingin
Begitu pula dengan Artikel Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum!
Inilah artikel Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum! kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum! dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2016/07/jelly-kelapa-pandan-lembut-dan-harum.html
loading...