Judul : Restoran Haikal Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru
link : Restoran Haikal Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru
Restoran Haikal Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru
Kembara ita ke Kota Bahru tidak lengkap jika tidak jalan-jalan cari makan. Walaupun ita tak berkesempatan untuk singgah di kedai-kedai makan yang ingin ita kunjungi dik faktor kekangan masa, tapi akhirnya berbaloi juga bila singgah di Restoran Haikal..
Betul bagai di kata, bila sampai Kota Bahru aje.. perut mula berkeroncong. Macam-macam hidangan dah terbayang-bayang di ruang mata. Semuanya nampak enak dan lazat. Kota Bahru boleh dikatakan syurga makanan. Sana-sini kita boleh nampak orang kita meniaga. Dunia perniagaan dan orang Kelantan memang tidak boleh di pisahkan. Lihatlah ramai antara mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan adalah anak-anak Kelantan. Wah bangga betul bila menjejakkan kaki ke Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Walaupun pagi-pagi hari lagi perut telah diisi dengan nasi.. maklumlah orang Kelantan ni pagi-pagi dia makan nasi, dah tak menjadi satu kehairanan. Tapi bila dinihari, perut rancak berbunyi dengan paluan kompang minta di isi.. lagi.. dan lagiiiii...
Kali ini ita singgah di Restoran Haikal atau lebih popular dengan nama Haikal Nasi Kukus yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa , Kota Bahru.
Dari jauh lagi dah terbau harum ayam di bakar.. adoiiii... semakin kuat pulak gendang perut ini di palu.
Ramai betul orang di restoran ni sampai beratur panjang menunggu giliran. Pelbagai hidangan di sajikan dengan nasi kukus dan menu specialnya pastilah ayam percik bakarnya ni.. Apa yang bestnya ayam dia besar-besar.. memang puas makan sampai tersandar kekenyangan.
Macam-macam menu di sini, tapi ita tak tahulah apa namanya. Nak sembang lama-lama kat akak yang jual tu.. adoiii.. seganlah jugak, maklumlah kita ni tak pandai nak kecek Kelate.
Apa yang ita suka sangat.. kat sini banyak makanan yang di bungkus dalam plastik. nampak bersih dan meriah. Ada bubur kacang.. ada pengat, rojak , laksam dan lain-lain yang ita pun tak pasti apa namanya . Tapi memang nampak sedap.. Pakal aje perut dak kekenyangan makan nasi kukus dan ayam bakar.. kalau tak mahu jugak ita sambar sebungkus dua.. adoiii... rugi tak merasa.. masih terbayang-bayang pengat sagu tu...
Bagi anda yang berkunjung ke Kota Bahru.. kalau dah sampai tu jangan lupa cari restoran Haikal, kita kena nasi kukus dan ayam bakar.. perghhh... memang betul-betul kenyang.
Begitu pula dengan Artikel Restoran Haikal Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru
Inilah artikel Restoran Haikal Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru kali ini, semoga boleh memberi manfaat bagi anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Restoran Haikal Jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru dengan alamat link https://dapurlazat.blogspot.com/2016/03/restoran-haikal-jalan-pengkalan-chepa.html
loading...